Sunday, February 20, 2011

Masak Lemak Cili Padi - Ketam

PETUA MEMILIH KETAM DI PASAR



- Jentik pada bahagian atas ketam, dengarkan bunyinya sama ada bunyi penuh atau kosong.
- Ketam biru atau ketam renjong lebih sedap daripada ketam harimau.
pilih saiz sedarhana ataupun besar supaya mudah di makan
- Pilih ketam betina. Banyak isi.Ketam betina boleh dilihat bahagian belakang bentuk segitiga.Bahgian dimana telur ketam.Ketam jantan bentuk kon,agak susah untuk dikopek.
- Bau hancing yang kuat menanda ketam tidak fresh lagi
- Tekan sikit bahagian kon/segitiga tu. Kalau lembik bermakna sudah lama.Bila di masak isinya hancur.


Bahan-bahan ( Nisbah Seorang Makan Seekor di belah dua )

  • Contohnya - 4 ekor ketam
  • 1/2 labu bawang besar dibelah 3
  • 1 batang serai dititik
  • 10 - 15 biji cili padi ditumbuk halus(boleh tambah kalau suka lebih pedas)
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 paket santan segera
  • garam dan ajinomoto secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara

Masukkan kedalam periuk - ketam, cili padi, asam keping, serai, kunyit, bawang besar dan sedikit garam. Masukkan air, cukup untuk pastikan ketam tenggelam. Nyalakan api, biarkan mendidih, kacau sekali sekala hingga semua ketam bertukar warna menjadi merah. Masukkan sebuk santan, kacau hinga larut. Kacau berterusan selama 5 - 10 minit. Tambah garam dan ajinomoto secukup rasa. Sedia utk di hidang.

Rahsia Keajaiban Solat



Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.

Teknik ikatan tali / mata pancing - Fishing Knot Skill Guides





Wednesday, February 16, 2011

Kalau ingat kisah dahulu zaman sekolah rendah ......

Kalau nak di ingatkan sebab kita masa sekolah rendah terejal tak nak pergi sekolah adalah sebab yang berikut : - semuanya sebab TV !

1. Maero attack - cerita jepun main bola tampar yang sungguh luar biasa, sini je boleh tengok skill merepek si japang !

Ini la pelakon yang terlibat ..... comel kan ?

2. Kesatri Baja Hitam - Cerita belalang naik motor cantik tapi apa kena mengena dengan baja ?


Ini la si belalang tersebut yang di katakan membesar pakai baja

3. Cerita sampai aku sendiri kena rotan dengan mak aku ----- Wakatau Gaban Z potong 18


Yang aku ingat mamat ni tukar baju kalah google search punya la cepat gila

Ini la penyakit kita masa kecik, meroyan tak tentu pasal sebab nak tengok TV punya hal, layan !


Lagu hits masa kini !

Bersama kita menikmati bahasa dan senikatanya .......



Kalau bahasa di bakukan mengikut kamus dewan, ini mungkin akan terjadi !

Kalau ada yang mencari isi perut perkataan tersebut ... hentikan je la ... memang takde dalam tu cuma suruh gelak je !

Sunday, February 13, 2011

Kalau dulu ustaz cerita macam nie ... qunuttttt !


Pengajaran bagi kita supaya HAFAL DOA QUNUT  atau ganti dengan SUJUD SAHWI

Ini la doa qunut yang sepatutnya kita hafal dan lafazkan di solat subuh

Siapakah si Pocong itu ?


Si pocong dan spesifikasinya ....
info - http://hantudunia.blogspot.com

About Us !

Selangor, Malaysia
The combination of family member name